Pengenalan

Bermula dengan CeramahIslam.com pada tahun 2004, tujuan ditubuhkan lelaman tersebut adalah semata-mata untuk menyahut seruan dakwah khususnya kepada masyarakat Islam di Singapura. 

Pada tahun 2014, CeramahIslam.com bergerak sebagai syarikat yang berdaftar dan mula menganjurkan kursus-kursus dan kelas-kelas agama di beberapa buah masjid di Singapura.

Terdapat banyak kursus-kursus yang ditawarkan, di mana sebahagian adalah kursus-kursus yang beryuran dan banyak juga kursus-kursus yang ditawarkan secara percuma, khususnya kursus-kursus Fardhu ‘Ain. Pada tahun 2018, namanya telah bertukar kepada Al-Hadi Learning Centre

Untuk menyahut cabaran yang sentiasa wujud berdasarkan kepada situasi di dunia ini yang tidak menentu, akhirnya kami rombak balik struktur organisasi ini untuk dapat bergerak dengan lebih efektif berdasarkan suasana dan keadaan zaman kini. Oleh itu, tertubuhkan Al-Hadi Online Academy yang banyak menawarkan kursus-kursus secara online.

Oleh kerana kos operasi mengendalikan pusat ini amat tinggi, bantuan Tuan/Puan akan dapat membantu kerja dakwah ini untuk diteruskan, inshaAllah.

Bertambah lagi dengan situasi wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ini, pusat pengajian tidak dibenarkan beroperasi secara offline demi mencegah penularan wabak tersebut.

Pembelajaran Secara Percuma

Al-Hadi Online Academy juga menawarkan pembelajaran secara online dan memberikan banyak kursus-kursus Fardhu ‘Ain yang wajib secara percuma demi meneruskan usaha menyampaikan dakwah, serta mengisi keperluan sebahagian masyarakat tidak berkemampuan untuk datang ke kelas agama.

Oleh itu, sokongan Tuan/Puan dalam usaha yang murni ini amat-amat dialu-alukan dan dengan itu, moga-moga Tuan/Puan mendapatkan pahala yang berterusan hasil daripada sedekah jariah yang diinfaqkan.

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Maksudnya“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

  • Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
  • Anak soleh yang dia tinggalkan.
  • Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
  • Masjid yang dibina.
  • Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
  • Sungai yang dia alirkan.
  • Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.

Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”

Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri. (Dipetik daripada lelaman web Mufti Wilayah Persekutuan)

 

Setiap Sedekah Yang Ikhlas Adalah Bernilai & Bermanfaat Walau Kecil Pun Jumlahnya

Semoga Allah membalas jasa baik Tuan/Puan dengan sedekah yang akan diberikan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Infaq to Al-Hadi Academy

$
Select Payment Method
Personal Info

Credit Card Info
This is a secure SSL encrypted payment.

Donation Total: $10.00 One Time

Ingin Dengan Sedikit Kerja?

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim)

Share on whatsapp
Share on Whatsapp
Share on facebook
Share on Facebook
Share on telegram
Share on Telegram
Share on twitter
Share on Twitter